januari 25....
warkah buatmu...dariku untukmu...
15 tahun.. seperti baru sahaja berlaku kelmarin. masa memang berlalu dengan amat pantas sekali. terpulang kepada diri sendiri sama ada hendak mengikut rentak masa mahupun membiarkan masa begitu sahaja. itu pilihan masing2... namun aku sendiri tidak pasti sama ada aku mengikut rentak masa seadanya atau sebaliknya,
masa inilah aku berfikir mengenai hidupku. mengenai pencapaianku. mengenai segalanya. kerana tempoh 15tahun yang aku maksudkan itu begitu penting buatku. amat penting. teramat sangat dan begitu penting sekali. dalam tempoh inilah aku meneroka duniaku yang penuh cabaran dalam semua bentuk.. sama ada aku sedar mahupun tidak,
dalam 15 tahun inilah jua menguji sejauh mana kekuatan diriku yang sebenar. 15 tahun kebelakangan ini terlalu banyak perkara berlaku di dalam hidupku dan persekitaranku... mungkin bagi orang lain, ketika aku berusia 9tahun adalah saat aku tidak tahu apa-apa...tidak mengerti malah memahami segalanya. akan tetapi bagiku tanggapan mereka adalah salah mengikut pengalaman aku sendiri...
semenjak itu aku kehilangan kekuatan dalam diriku. terasa seperti gelap duniaku, putus harapan.. perit rasanya bila kita terpaksa dan perlu menghadapi hidup ini. memang kita harus menghadapi realiti hidup, bukan sekadar mengiyakan dan tunduk kepada keadaan. namun dalam proses menghadapinya adalah merupakan satu jangka masa yang memerlukan ketabahan dari hati ini dalam mendewasakan diriku..
tempoh 15tahun inilah juga menyaksikan pelbagai suka duka ... pahit getir kehidupan. keseluruhannya lebih kepada kegembiraan, tapi ada ketikanya kita melalui saat yang sukar.. saat yang harus dijadikan teladan, panduan agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa hadapan. aku sedar aku manusia yang lemah, ada kelemahan. pasti ada tika saatnya kita melakukan kesilapan dalam hidup, kesilapan yang menggambarkan masa depan yang gelap.hitam.musnah...
tetapi kerana sokongan padu orang2 di sekelilingku, aku mampu bangkit hidup semula. bangkit meninggalkan kesilapan lalu. peluang diberikan. kejayaan dikecapi..kejayaan sementara...lantas kegagalan datang semula...adakah ini bermakna aku benar2 seorang yang gagal? aku sering mendengar kata2 yang seolah2 merendahkan diriku namun ia sebenarnya perangsang untuk diriku kembali semula ke dunia yang nyata...jika dilihat dari perspektif yang positif- itulah yang dikatakan teguran membina. masakan kita tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan, bukan?
aku sering mengulangi kesilapan.. apa yang aku pelajari dari kesilapan itu? entahlah.. mungkin pada masa itu aku alpa dengan tanggungjawab sebenar aku ketika diberikan peluang sedemikian rupa. ya.. peluang memang diperlukan dalam tempoh tersebut.. peluang mungkin datang sekali sahaja dan andai kita melepaskan peluang itu.. ada kebaikan dan keburukan dari pelbagai aspek..
dan aku merasakan yang pada saat ini aku melalui saat yang agak sukar dalam hidupku. bukan bermakna aku tidak bersyukur atas apa yang telah diberikanNYA, namun jauh di sudut hatiku berkehendakkan kejayaan sebenar. kejayaan yang memberikan kita kepuasan dan bersyukur di atas kejayaan tersebut. aku begitu percaya bahawa rezeki hidupku belum tiba masanya lagi, aku percaya segalanya perlu bermula dari bawah kerana aku bukanlah orang yang senang.. aku bersyukur aku dapat hidup sejauh ini. aku tidak tahu perjalanan hidupku esok, lusa..dan pada masa hadapan. itu adalah kerja Allah menentukan segalanya mengikut kehendakNYA....
9tahun aku bersamamu merupakan tempoh cukup manis buatku, dan kenangan bersamamu seperti baru berlaku semalam. akan ku kenangi saat itu sehingga akhir hayatku.. 9tahun... 9 tahun... aku tidak mampu menggambarkan betapa indahnya 9 tahun tersebut disulami dengan kegembiraan dan keriangan.. dan aku tidak tahu langsung bahawa 9tahun itulah sahaja tempoh yang diberikan Allah kepadaku. aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana Engkau telah memberikan aku tempoh 9tahun tersebut Ya Allah........
" PAPA...adi rindukan PAPA... "
dalam memori PODIN SPO , 25 januari 1991 - 6.30pm....