sekarang aku di depan pc
tengah online
tengah menaip
tup..tap..tap..tup..tep..tep..
bunyi menaip..
`lunch` di mc`d bersama rakan
melantak `fries` sampai lembap rasa otakku
`refill` coke lagi...
lagi dan lagi ...hehe..sekali sahaja
dan melihat gambar2 sewaktu konvo
mengimbau kenangan terima diploma
terasa perjalanan hidup ini masih jauh lagi,
petang tadi aku nontonan `tentang dia`
sungguh bagus wayang itu;
dramatis dan puitis betul ayatnya
`power`kah ayat itu?
sungguh `best` cerita ini
apa yang baik dijadikan tauladan
tauladan atau sempadan? sendiri boleh tentukan
bukan bertanya pada orang lain siapa yang betul?
tiada siapa yang betul di dunia ini
kecuali DIA..
duduk di masja `time` maghrib..
ironisnya orang bercumbuan di dalam kereta
"engkau tak takut dengan TUHAN ker?" pintaku dalam hati
kalau hantu bukan main takut melopong cabut larikan diri..
ini DIA...bukan tentang dia...
lantas kami tinggalkan ironi di masja tadi
singgah di pengkalan sapi...bukan ada jual mie sapi;
sekadar `say goodbye?` <--- owh tidak,
cuma sekadar untuk bersantai di kala malam yang damai
santai menikmati angin kus kus malam di bandaraya ini
bukan bercanda di damai...atau di pasir pandak
memang indah pemandangan bandaraya dari seberang
terasa berada di luar negara
tapi hakikatnya aku masih di sini;
di sini dan tetap di sini
esok akan datang
lusa menyusul kemudian
tulat menanti dengan keterujaan
kelmarin? kelmarin adalah sejarah
minggu lepas adalah perkara lepas
bulan,tahun lepas? itu adalah kenangan - kalaupun aku ingat...
kini aku terfikir...
mungkin aku perlu buat salah satu keputusan terpenting buat diriku
aku perlu memikirkan sedalam- dalamnya
sedalam lautan biru
aku perlu fikirkan kesannya
setinggi langit ketujuh
namun apakah itu?
haruskah aku khabarkan pada semua..
atau..ku harus lari ke hutan?? ( pengaruh AADC hehehe )
bukan hutan sahaja....
namun hutan dan kediaman
yang musnah akibat tepasan amukan gelora alam
yang mengejutkan kita
yang menyedarkan kita
yang menginsafkan kita
yang menyatukan manusia......
yang faham akan memahaminya, yang tidak faham akan cuba memahaminya, jikalau masih tidak faham..aku tidak dapat menolongmu lagi..maaf buat mu, ampun dariku...
No comments:
Post a Comment