AKU sangkakan result akan keluar pada 12 november memandangkan aku cuba menggunakan perkhidmatan sms...rupanya keputusan peperiksaan adalah pada hari rabu jua...mana tidaknya...dari malam sebelumnya sehingga pagi rabu aku terus mencuba jua namun putus harapannya..
KEMUDIAN aku berasa malas untuk online..maka tunggu sajalah. dlm jam 8.30 mlm amoy sms kepadaku memberitahu bahawa result telah pun keluar di student portal..dan atul pula sms juga..begitu juga dengan weow...wah..semakin gementar rasa diriku. tapi entahlah, gementar aku kali ini tidak segementar semester lepas pada saat aku melihat rakan kelas ku graduate..aku pula tercicir dengan satu subjek..huh...itu kisah masa silam. aku sudah lupakannya dan aku jadikan ia sebagai cabaran dan pendorong dalam diriku untuk menjadi seorang yang lebih berjaya...learn by mistakes and from your experiences..
SETELAH menerima sms dari amoy dan aku bertanyakan samada betul atau tidak result sudah keluar dan amoy mengatakan ya. begitu juga atul yang memberitahu kawan2nya sudah mendapat tahu keputusan mereka tetapi atul belum lagi mengetahui keputusannya..nervous katanya...serupa jua dengan weow...
MAKA aku terus meluru ke pc meninggalkan buletin utama yang aku khusyuk tonton tadi...lantas on pc aku..dan menunggu..dan dial internet....akhirnya berjaya membuka portal pelajar uitm...terus aku login akaun portal pelajar aku dan klik di bahagian exam result....
....DAN...aku sudah menjangkakan lebih awal bahawa apa yang aku dapat tidak akan mencapai A....mathematics iv... B... huh...Alhamdulillah...lega hatiku....aku rasa gembira kerana aku sudah tamat pengajian akhirnya...melihatkan keputusan di bahagian bawah- TAMAT....fuh...tak dapat dibayangkan kegembiraan aku kerana tamat pengajian..aku rasa bersyukur....setelah satu semester tertangguh- aku sepatutnya tamat pengajian pada semester ke-7 ( aku sudah mengetahui aku akan graduate part 7 selepas mengetahui keputusan part3...hebat bukan??hehe..seperti penilik nasib )..
KINI aku sudah tamat pengajian...semenjak 3 minggu lepas aku telah menyatakan hasrat kepada ibuku bahawa aku ingin bekerja dahulu selama 2-3 tahun, kemudian baru menyambung pengajian ijazah sarjana muda..aku tahu bahawa aku tidak mampu untuk menyambung pengajianku secara terus dari diploma memandangkan cgpa aku tidaklah setinggi mana. cukup makanlah...tapi aku tidak suka perkataan `cukup makan`.. bagi aku itulah usaha sepanjang pengajian diploma aku..aku telah melakukan kesilapan pada masa lampau. bukan salah sesiapa pun, salah diri aku sendiri kerana tidak cukup berusaha. jika pada awal pengajian semester 1 dan 2..aku memang tidak menyangkakan aku begitu rajin pada masa itu. bagi aku saat paling rajin dalam hidup aku adalah ketika aku belajar pra-sains.. berjauhan dari keluarga dalam tempoh satu semester betul2 mengajar erti kehidupan sebenar..aku sudah merasakan bagaimana belajar di perantauan dan semuanya perlu diuruskan aku sendiri..dari saat aku menjejakkan kaki ke KLIA sehingga aku tiba di bandar kuantan...fuh..itu pengalaman silam yang banyak mengajarku....
AKU amat gembira melihatkan rakan2 aku tamat pengajian dan dapat menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda. cukup gembira bagiku melihatkan kegembiraan mereka kerana berpeluang pergi lebih jauh walaupun hakikatnya aku tidak mampu berbuat demikian...takdir nampaknya...aku tidak menyalahkan takdir, ini sebenarnya adalah bergantung kepada usaha masing2 bukan? sejauh itu usaha mereka..sejauh itulah mereka dapat pergi...namun aku percaya semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya...mungkin perjalanan hidupku untuk mendapat segulung ijazah mengambil jalan yang berliku- liku...dan mereka yang bertuah pastinya menggunakan jalan yang lurus...itulah lumrah kehidupan,
AKU juga percaya bahawa hidup ini tidak semudah yang kita sangkakan...bukan senang untuk berjaya sesenang memetik jari..kejayaan itu datang dengan usaha dari diri sendiri diiringi dengan doa kepada Allah Taala..kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya seperti bola yang bergolek- sesungguhnya hidup ini penuh dengan cabaran agar manusia dapat menjadi seorang yang lebih memahami erti kehidupan sebenar..BUKAN untuk menjadi seorang yang sempurna- tiada manusia yang sempurna di dunia ini walaupun seorang Perdana Menteri sekalipun pasti ada kelemahannya....
AKU mendoakan agar rakan2 seperjuangan aku yang dapat meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi berjaya dalam apa yang bakal mereka hadapi pada masa hadapan...semoga dapat mengharungi segalanya..usaha mengatasi segalanya di samping doa kepadaNYA... AKU juga berdoa agar aku dapat jua menyambung pengajian suatu hari kelak Insya Allah...
MATLAMAT aku sekarang adalah untuk mencari pekerjaan yang dapat menampung kos sara hidup aku selama 2-3 tahun. aku juga sudah memikirkan untuk membayar balik pinjaman ptptn...apa yang telah aku pinjam perlu aku kembalikan walaupun terpaksa membayar balik rm157.50 selama 20tahun!! kalau aku tahu pada mulanya memang aku tidak mahu meminjam rm15,000 dari ptptn. tapi segalanya sudah berlaku...biarlah..sekarang adalah masanya untuk aku mencari pekerjaan..
SELEPAS raya pasti aku sibuk dengan urusan mengisi borang spa 2, spa 8i di samping menulis resume untuk dihantar kepada syarikat2 pembinaan dan firma perunding kejuruteraan di sekitar kuching...memang banyak kerja dan perlu komitmen...sekiranya tiada pilihan mungkin aku akan mengambil peluang untuk menjadi guru sandaran..tidak dapat aku bayangkan mengajar pelajar sekolah...mesti pening kepala hehe...
YA ALLAH..tabahkanlah hatiku dalam menghadapi segala apa yang bakal aku lalui esok dan pada masa hadapan...sesungguhnya aku bersyukur kerana aku telahpun tamat pengajian...kuatkanlah diriku dalam menjalani kehidupan ini...berilah aku ketenangan jiwa dalam dugaan dariMU...ENGKAU sajalah yang mengetahui apa yang elok bagiku dan apa yang buruk bagiku...kerana sesungguhnya kepada ENGKAU jua aku berserah..AMIN.....