Monday, January 31, 2005

ahad is sunday, rite???

hi everybody, apa kaba semua ??? ( rasa kedak lam rancangan/ ruangan menulis kedirik heheh )

anyway, seperti mana yang anda sedia maklum, hari ahad adalah hari keLEPASan am. so, inilah hari bagi kita untuk berfoya- foya di parkson, sp, tj dan sebagainya ataupun memilih untuk tidur di rumah dan menjadi RAJA MALAS seharian. atau mungkin ada yang berkereta, akan mencuci kereta dengan penuh konsentrasi - bagi mereka yang kurang dan tiada motivasi, nah... hantar saja ke mana2 workshop yang menawarkan khidmat mencuci kereta: snow wash, cuci kereta...what ever lah, hehe

berbalik kepada apa yang ingin aku fokuskan pada hari ini ialah :

aku bangun pada jam 7.30 pagi, dikejutkan mak- macam biasa sunday morning aktiviti membawa mak membeli sayuran, kitchen stuffs di sungei apong. agak mamai aku bangun pagi tadi kerana tidur pada jam 3pagi.

8.45 pagi kami tiba di rumah. singgah di rumah pending, simpan segala barangan serta makanan di dapur. aku berkesempatan untuk mandi dan online sekejap. 9.30pagi bertolak ke tabuan heights,

9.55 pagi sampai di rumah abang. breakfast dahulu, kemudian menonton discovery channel sebentar. 10.30 pagi bersama kakak ke pasar. ( pasar - istilah ini amat sinonim dengan penduduk di kuching yang menamakan bandaraya kuching sebagai pasar. mungkin istilah ini sudah lama diguna pakai oleh nenek moyang kami ). kakak menumpang sekali kerana ingin membeli barang di main bazaar. aku pula singgah sebentar di pasar minggu satok also known as sunday market.

beli bawang merah, bawang putih, ubi kentang, pusuk. dan magz FHM for rm3 sahaja. no cover lah..last month`s issue. berasak- asak dengan orang ramai, panas betul kerana matahari terik. namun aku tabahkan diri untuk menempuh sisa- sisa hidup di kala keramaian itu hehe,

then sister called, ask me to pick her up. i picked her up then we drop by for several minutes at home. went to superfresh and foo ann. straight ahead we reached tabuan heights. we had our lunch then play- play with ira. i had a sleep from 2pm for 2 hours.

bila dah bangun..pergh...sakit dan berpinar2 kapalaku!! mungkin disebabkan cuaca pada hari ini yang teramat panas. kemudian aku mandi bagi menyegarkan kepalaku yang agak pening sebelum turun ke pasar menghantar kakak, hendak pulang ke unimas menggunakan perkhidmatan van sewa a.k.a. ven sapu.

selepas itu, aku menghala ke parkson dan ke mc`d kuching. ingatkan hendak order prosperity burger.. laa...takdok la plak. frust menonggeng ler, tapi aku order quarter pounder jer lah. ingatkan hendak order sundae cup chocolate- habis??? selepas itu aku bergegas ke mc`d batu 3 semata2 kerana berkehendakkan sundae cup chocolate yang sedap itu. nasib baik available...

singgah di umah sekejap, hantar barang. kemudian ke tabuan jaya. beli racun tikus, rm1 - 3 packets.. bought 6 packs.. kemudian ke bigfresh beli milo dengan tawaran harga rm9.99 bersama kupon great savings. milo 1.1kg..murah bahh

7.30pm sampai di rumah abang. sibuk kemaskan barang sebelum pulang kembali ke pending. sempat bermain dengan ira. manja betul budak ini hehe. makan malam sekejap, sedikit sahaja kerana sudah melantak quarter pounder haha.

8.40pm bertolak balik ke pending, abang hantarkan aku dan mak... 8.55pm tiba di pending... 9pm pck bloopers, blunders and bla bla bla ( can`t remember it )

kemudian menonton rancangan entah apa2 entah sementara menunggu the apprentice.

11.00pm..money..moneyy..moneyy...mooneyyy.... yeap. it`s the apprentice!!
puas hati aku jen kenak fired, padan mukanya ya...

selesai menonton aku menyibukkan diriku membasuh pakaian, rebus drinking water, kemas2 barang dapur dan paling last aku membuka bungkusan racun tikus..jeng jeng jeng..rupanya beras beracun heheh. aku campurkan beras itu bersama2 telur mentah. aku letakkan di port kegemaran tikus yang besar itu. doakanlah kejayaan aku membunuh tikus itu.

kemarahan aku semakin memuncak. bekas plastik gula2 untuk menyimpan tepung digigitnya, terdapat kesan gigitan yang besar itu. kemudian the latest tikus itu mengigit tupperware yang berisi oat..haduh2, nampaknya tikus ini memang mahu berperang denganku. tikus ini juga pernah menghabiskan sebungkus biskuat tiger 70en sebungkus. mungkin tikus ini kuat kerana telah makan biskuat tiger!! apapun, semoga anda cepat mati wahai tikus yang durjana !!!

sekian, itulah laporan saya pada hari ini

p/s mengenai pemanduan di jalan raya akan saya kisahkan pada masa terdekat ini


SALAM MAUT BUAT TIKUS DURJANA...





No comments: