Friday, January 28, 2005

pecah rumah

Maklumat ini diambil dari Laman Web Rasmi Polis Di-Raja Malaysia..


Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah pada tempoh masa yang agak panjang, kerana balik kampung atau menziarahi sanak saudara. Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah ini; maklumkan alamat rumah, alamat kampung dan nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang perayaan kepada jiran dan balai polis terdekat.


Bagaimana boleh berlaku
# Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
# Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
# Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi
# Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka
# Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
# Menggunakan kunci pendua

Sebab Berlaku Pecah Rumah
# Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
# Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
# Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
# Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan
# Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya

Cara Pencegahan
# Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah
#Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda
# Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan
# Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah
# Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak
# Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada
# Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah
atau tidur
# Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah
# Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
# Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah



No comments: