Saturday, January 01, 2005

goodbye 2004...selamat datai 2005!!!

selamat tinggal tahun 2004..terlalu banyak perkara telah berlaku dalam hidupku sama ada yang berkaitan mahupun tidak. bagiku pencapaian terbaik adalah dengan menamatkan pengajian diploma aku pada november2004. setelah extend 2 semester akhirnya aku tamat jua pengajian...alhamdulillah...hmm yang paling sik best pada tahun 2004 adalah sekpat sambut birthday ngan family kerana masa ya aku di itm..

nampaknya..kenangan bersama anak2 pkn juga tak dapat dilupakan..terlalu manis dan segala memori bersama kalian..2bulan hidup bersama pembantu urusetia juga menambahkan lagi kenalan2 yang sporting dan best2 belaka heheh,

overall...2004 adalah tahun yang baik buatku...walaupun ada kegagalan mahupun kekecewaan...itu tidak mematahkan semangat aku untuk meneruskan kehidupan ini...

namun,tanggal 26 disember mengejutkan seluruh dunia...bencana yang tidak pernah disangka rakyat malaysia sendiri...makanya bencana tsunami melanda utara semenanjung malaysia..aku pun tidak percaya..namun itu semua adalah kehendakNYA..mungkin ini sebagai tanda amaran mahupun pengajaran kepada kita bahawa Tuhan itu Maha Berkuasa dan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..sama2 lah kita belajar dari kesilapan dan menjadi insan yang lebih baik dengan segala apa yang berlaku di sekeliling kita..

hidup kita takkan lama...kita sendiri tidak tahu bila malaikat maut akan mencabut nyawa kita..mungkin nanti..mungkin esok ataupun minggu depan... oleh itu..hargailah hidup ini dan hargailah orang yang disayangi kita..

2005...aku harap tahun ini akan membawa kepada kejayaan dan kematangan dalam hidup kita semua...semoga dengan kedatangan tahun baru ini mampu membimbing kita dari segi masa...masa sentiasa bergerak ke hadapan..tidak ke belakang.itu hanyalah sejarah.sejarah mungkin perlu ditoleh sebagai pengajaran, panduan mahupun peringatan siapa kita ini sebenarnya. hakikatnya kita masih dan selamanya adalah insan yang kerdil di sisi Allah....


No comments: