Tuesday, October 18, 2005

sekadar peringatan kepada anda semua termasuk diriku sendiri....

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; ``Tidaklah sedekah itu mengurangi harta (bilangan), maka ia tidak akan berkurang dari segi barakah dan akan bertambah pada masa akan datang, bahkan Allah menyediakan penggantinya dan memberikan berkat di dalamnya.''

Sabda Rasulullah s.a.w : ``Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan berihtisab, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.'' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Allah berfirman yang bermaksud: ``Pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk, memperbezakan antara hak dengan yang batil maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa''. (Al-Baqarah:185).


Dan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: `` Puasa itu perisai, apabila ada salah seorang kamu di suatu hari sedang berpuasa, maka janganlah berkata-kata keji (kotor), jangan berlaku jahil dan jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Ahmad).

No comments: